Skip to main content

Celebrate Punya Cerita


Selamat Tengah Hari mungkin ^___^ ...
Hello blogger semua yang sanggup singgah sini! terima kaseh sebab sudi singgah sini dan baca entri dekat sini walaupun kadang kala mengarut . *hehehhe*.. Kalau dan hendak mengupdate entri ni sangat memerlukan mood rajin, kalau tidak memang tidak gagah la kan. * eh! betul ker macam tu ea? * Tak betul , tak apa la aku saja kot rasa macam tu . hehehe. 

Dari entri yang lepas semua orang mungkin tahu , aku kini sudah genap berumur dua puluh dua tahun. in sha allah dalam masa seminggu lagi aku bakal bergelar isteri orang . *seram sjuk rasa* . Ulang tahun aku kali ini tak ada la celebrate mewah - mewah. Sekadar di bawa jalan -jalan dan encik tunang belanja kek saja. aku tidak berharap lebih pon, dia belanja dan bawa aku jalan -jalan pon aku dah rasa terharu . Bukan senang tahu encik tunang saya tu nak ajak saya celebrate sesuatu . *terima kaseh Amirul Syahid*

10 oktober 2014 around before 8:00pm ( one day bfore my busday) :

Dapat panggilan dari soulmate sayang * nama dalam handphone *

Hubby: Salam, siap-siap la. Nanti b datang ambil.
Honey : *rasa terkjut jap* hahahha. Nak pergi mana?
Hubby: One city . 
Honey :  *dalam hati sumpah happy kemain* terima kaseh bie ! 

Masa dpat call tu memang melting gila, sebab aku memang dah lama nak pergi One City tu, dekat tingkat 10 ada sky park. Akhirnya dia tunaikan permintaan aku, tanpa dipinta. tu yang terharu sgt. View memang sangat cantik dan menarik di waktu malam. dekat situ juga agak gayat , sebab dia ade cermin kaca yang boleh menampakkan apa yang ada dibawah. Korang nampak kedai -kedai dekat bawah . First time jalan memang tak pandang bawah. *hahahah sangat gayat *, encik tunang aku sedap je jalan. Second around, baru kurang sedikit takut dah berani tengok bawah. 

Kenyataan yang aku nak bagi tahu, encik tunang aku tu memang tidak romantik , degil , dan sangat ego ! hhahaha * jahat kan kutuk dia* . Tetapi ada waktu nya dia pandai buat aku terharu tanpa aku sangka. Wahai bakal suami ku , saya tidak kesah awk degil, awak tidak romantik, dan sangat ego. Walaupun kadang awk buat saya sakit hati, dan menangis, saya tidak kisah, Saya belajar menerima semua tentang awak, saya harap juga menerima saya baik buruk saya ^__^..

Terima kaseh bawak dolan dolan pergi One City dan makan kek Secret Recipe :)

Hadiah nak tuntut masa wedding next week ok ! *hahahha*

Belanja korg dengan a few picture ok.









Comments

Popular posts from this blog

Little Caliph Sri Damansara

im love being teacher at here now. im feels so happy with them. Enjoy this picture.




Selamat Datang Tahun Baru, Selamat Datang Kisah Baru ...

Bila rasa rindu nak menulis datang , muncul la aku di sini. Wah ! Lama gila tak muncul dekat blog ni. Last aku menulis november 2015. Hampir dua tahun juga tidak menulis. Lama kemain nya la. Ini dah masuk Tahun 2017 , ha ! baru la muncul semula. Rasanya belum terlambat kan aku sendiri nak ucapkan 
"SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA SEGALA IMPIAN KORANG YANG MEMBACA BLOG INI TERCAPAI DENGAN JAYA NYA !! "





Selamat datang 2017, lepas ini akan bermula kisah baru dalam kehidupan kita, untuk tahun ini aku tidak la mempunyai azam yang terlalu besar. Korang punya azam atau impian di tahun baru ini apa ya?? meh la share cerita kita ..
Untuk aku , impian di Tahun Baru 2017, Cukup sekadar dua permintaan. aku berharap aku akan dikurniakan zuriat (after two years married) .. impian amboi sangat kan ? ! hahaha... 

Impian kedua nya aku berharap peniagaan aku dan suami sukses dan semakin lebar, tidak meminta untuk mejadi kaya . Hanya sekadar ingin mencukupi untuk mebayar segala komitmen (huta…

Junior Kids Child Care Centre Bandar Mahkota Cheras

Hari ini aku nak berkongsi pasal kerjaya kehidupan aku buat masa sekarang. Buat masa sekarang aku bekerja sebagai teacher dan pengasuh Taska. Walaupun apa yang aku belajar jauh berbeza dengan pekerjaan aku sekarang, aku masih rasa bersyukur masih diberi peluang untuk mencari rezeki. Aku bukan tidak berusaha untuk mencari kerja yang lebih kurang dengan apa yang aku belajar, cuma masih belum ada rezeki mungkin. Lagipun zaman sekarang kerja tidak elok memilih sangat jadi grab saja lah apa yang ada depan mata. Asalkan dapat kumpul duit untuk masa hadapan kan? Aku sekarang bekerja di Junior Kids Child Care Centre. dekat sini ada tiga orang pekerja. Children call me Teacher Shima. So, ada juga Teacher Ida, Teacher Zue, Teacher Farah n Teacher Ita (The Owner). Tugas aku menjaga dan menjadi pengasuh kepada kanak-kanak berumur 1-2 tahun. Student yang di bawah jagaan aku ada 6 orang. Iman, Damia, Syafiqah, Syamil, Aniq Irfan dan fitri.

Ini lah anak-anak di bawah jagaan aku. Yang comel itu Iman…