Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Encik Suami

Amirul Syahid. Hai awak ! Hai kawan baik , sahabat, jiwa, hati, imam dan Suami ku. Sedar tidak sedar dah hampir setahun juga kan kita jadi suami isteri cepat nya masa berlalu kan dear. * tak tahu la awak baca atau tidak entry ini tapi saya nak tulis juga* Dear my Hubby, Is very proud to call you my friend, to call you my lover, and i feel blessed to call you my hubby. You're just not my friend, you're my LOVE. You're not just my love, you're my Heart. You're not just my heart, You're my LIFE, You're not just my life, You're my EVERYTHING to me Amirul Syahid. Dear my hubby, Saya tahu sepanjang lapan bulan kita menjalani rumah tangga kita pelbagai rasa,usaha, dan pengorbanan yang awak dah lakukan untuk saya. Saya rasa bahagia dan beruntung menjadi isteri awak. Saya berharap dan berdoa semoga rasa kasih sayang dan bahagia ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kita jika diberi ke izinan oleh ALLAH. Saya berharap kita diberi peluang men

Welcome Ramadhan 2015

Selamat Tengah hari semua,  Hari ini adalah first ramadhan untuk tahun 2015. So, rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Datang Ramadhan Kareem.  Hari ini aku just nak bercerita feeling aku untuk sambut Ramadhan 2015. Ramadhan kali ini aku rasa semangat nya lain sedikit dari tahun-tahun yang lepas. Jeng jeng, SEBAB Ramadhan tahun ini aku sudah bergelar isteri dan memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tidak macam tahun tahun yang lepas, masih anak dara, masih boleh manja manja dengan mak bila sahur. Kerja tungu mak kejut je, tak pun bersahur dengan kawan kawan dekat KUIS. Itu je la rutin tahun lepas.   Perasaan sambut Ramadhan sebagai seorang isteri sangat excited dan rasa takut juga la. Rasa takut itu bukan apa, just terfikir-fikir mampu ke aku jadi isteri yang melayan dia dengan baik dan sempurna. takut ada yang tak cukup ke makan minum ini. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dibawah redha ALLAH. Ha! Kalau rasa Excited mesti la

Manusia Biasa

  Kita sedar diri ini cuma manusia biasa, tetapi kita selalu nak tunjuk lagak yang konon kita ini kuat kan? Beribu kali terluka pun masih belum tersenyum, hanya kita yang mengetahui betapa susah nya kita nak buat muka semanis mungkin supaya orang lain pun gembira dengan kita. Kan kan? Kadang -kala ada orang tanya aku , tak HIPOKRIT ke macam tu? Bagi pendapat aku itu bukan la hipokrit, sebab kita menyembunyikan wajah duka kita demi membahagiakan orang lain yang ada disisi kita . Apa salahnya? Kalau kita bermasam muka atau masalah dengan orang lain, tapi kita jumpa semua orang pun kita ber masam muka. Tak kesian ke dekat orang itu? Dia akan berfikir, eh ! Dia ini tak suka aku ke ? Marah aku ke? Walaupun sebenarnya kita tak bermaksud demekian tapi orang berfikir bukan bukan. Jadi sebab itu la kita kena bermanis muka walau dengan sesiapa sahaja, Walaupun kita pernah, kita marah atau terluka . In sha Allah jika kita membahagiakan orang lain, ada ganjaran yang menanti kita kan?

Coretan hati

Apa perasaan anda jika disoal dengan soalan, "TAK RASA RALAT KE KAHWIN AWAL ?", "TAK BALAS JASA MAK AYAH LAGI DAH KAHWIN??". Perasaan aku , * terkedu sekejap,sambil telan air liur"*. Kenapa aku perlu aku rasa ralat , kenapa ye ada orang berfikir sedemikian? Kenapa bila kita dah berkahwin kita dah tak boleh nak balas jasa mak ayah ke? Aku bukan nak marah dengan soalan tu, cuma kenkadang tak terfikir dek akal, salah ke kahwin awal? Aku tak ada jawapan untuk soalan tu, kenapa tak hold je dulu kahwin tu? jawapan yang aku ada, Aku anggap tu JODOH. Aku pun seperti manusia lain, ada perancangan masa hadapan aku sendiri. Aku sendiri tidak pernah terfikir nak kahwin di usia yang muda. Aku pernah target dan merancang untuk berkahwin pada usia 25 tahun atau lebih. Tetapi sebagai manusia yang lemah ini, aku cuma mampu merancang, Rupanya rancangan Allah itu lebih hebat.  DIA bagi aku peluang mengenal seorang insan, dan dengan Kehendak DIA juga dia ambil keb