Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Perkembangan Hidup PART Two

Nampakkan tajuk dekat atas tu, ok . ok. entry kali ni aku nak sambung kisah perkembangan hidup aku di entry yang lepas. Dekat entry yang lepas aku ada cakap yang aku berhenti kerja selam 3 minggu kan? Sebenarnya, sepanjang aku dirumah tu. Aku tak ada la makan tidur sangat. Ada la hantar resume kesana sini. Aku ada juga hantar resume ke beberapa bank. Tapi masih tiada jawapan, mungkin tiada rezeki lagi buat aku.  Selain hantar ke bank-bank aku ada jugak hantar resume ke tempat kerajaan jika ada jawatan kosong. Sama juga tiada jawapan. Aku kerap online menggunakan BB kesayangan aku ni ha. Mencari kerja kosong. Semua yang aku carik di bandar sebab aku nak sangat keluar dari kampung ni. Ada sebab kenapa aku nak keluar dari sana.  Biar aku seorang saja tahu kenapa aku perlu pergi. Cuma parents aku saja yang risau aku nak tinggalkan tunang aku di kampung tu, siap tanya tunang aku tu izinkan ke aku kerja di bandar.Haahahah.  Sebenarnya tunang aku tu jenis senang ja, dia tak kes

Perkembangan hidup PART One

Alhamdulillah. Akhirnya , Dapat juga aku berblog lagi. Dah hampir 3 bulan tak masuk blog ni. Mahu bersawang dah belog ni. Nasib baik tak ada labah-labah masuk kan. Hahahah. Sebab terlalu EXCITED dapat berbelogging balik, aku pon tak tahu nak cerita apa dalam entry kali.  Nak buat entry tahu baru dah hampir nak CNY kan, So rasa malas pulak nak cerita pasal NY. Aku pun tak tahu belog aku ni ada orang baca atau tidak. Aku jadi kan belog tempat bercerita pasal kehidupan aku. Turun naik, Sengsara bahagia hidup aku. Terima kasih kalau ada sesiapa yang sudi mengjenguk dan membaca entry aku. Setelah lama tak menulis, disini aku nak kongsikan sedikit perkembangan hidup aku. Alhamdulillah , last year  OKT 2013 aku berjaya menamatkan DIPLOMA aku. Berakhir dengan pointer 2.90. Alhamdulillah :). Setelah begitu susah payah mengharung sakit nya waktu itu. Aku berjaya juga untuk menamatkan DIPLOMA aku. Setelah tamat DIPLOMA tu, aku terus bekerja. Hampir tiga bulan juga aku bekerja. Ak