Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Kamulah Takdirku .

Indah kulihat  lukisan ini Tujuh bidadari dari langit Namun saat kulihat dirimu Cantikmu mengalahkan semua Pernah kudengar puisi raja Syairnya indah getarkan jiwa Namun saat namamu disebut Hatiku tergetar penuh rasa Tuhan yang ciptakan rasa cinta Rasa kasih sayang Buat apalah susah cari kesana kesini Sudah didepan mata kamulah takdirku Tuhan ciptakan kamu Tuhan ciptakan aku Kita berdua di izinkan bertemu Buat apalah susah cari kesana kesini Sudah didepan mata kamulah takdirku Tuhan ciptakan kamu Tuhan ciptakan aku Kita berdua di izinkan bertemu dan bersatu Kamulah takdirku

Sentuhan Daripada Tri Yo Entertainment

Alhamdulillah ! Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tri Yo Entertainment sebab shoot gambar yang sangat lawa - lawa dan gojes gitu ! *kerana sentuhan yang menarik dari Tri Yo la aku yang tak berapa nak cun , ni nampak cun * hahahah.. Aku sangat suka kan sentuhan mereka dan cara kerja mereka. Sangat seronok bekerjasama dengan mereka, mereka sangat sporting dan membuatkan aku dan husben selesa memilih mereke menjadi photographer kami.  Kepada sesiapa yang masih mencari photographer, boleh mencuba tengok hasil kerja Tri Yo entertainment. Memang awesome la :) Dorang menawarkan harga yang sangat berpatutan dan selalu buat promo taw.  Boleh singgah di page mereka , untuk melihat harga dan cara menghubungi mereka ! ( https://www.facebook.com/triyoentertainment?fref=ts )

Hari terindah Amirul syahid & Nornajatulshima .

Hai pembaca sekalian  ! Hola, Maaf lama menghilangkan diri, baru hari ini menjengah dan buat post entry. Dua minggu kebelakangan ini agak sibuk kerana aku masih dalam proses menstabilkan diri dengan rumah tangga. *ops!rumahtangga * heheh. Bila cakap words rumah tangga macam tidak percaya yang aku sekarang sudah bersuami. Kenkdang tersasul panggil suami still tunang. Encik suami pon kata janggal . *hahaha* Okeyh ! sebelum korg keliru bila aku bernikah, dalam post entry ni aku akan ceritakan sedikit about wedding aku. Dalam post entry hari ini , aku nak cerita pasal nikah dulu okeyh. *kita cerita satu persatu ok * -rasa excited pulak nak cerita wedding sendiri , padahal inai dekat jari dah nak hilang-  Alhamdulillah. tepat jam 9.20 pm pada 17 oktober 2014 aku selamat dinikahkan dengan pasangan aku * AMIRUL SYAHID*. Masa that day ktorg nikah hujan lebat sangat, tapi alhamdulillah majlis nikah malam tu berjalan lancar. Dengan sekali lafaz aku sah jadi milik dia. :) Dek

permohonan bercuti..

Selamat petang readers , sedang sibuk ker? Kalau tidak sibuk jemput la menjengah belog yang tidak seberapa nak indah ini. *hehehe *. Alhamdulillah ! Sekadar hendak berkongsi kegembiraan dan keseronokan . Hari ini aku jumpa bos aku Puan Roslina Harun. Macam - macam aku susun sebab segan nak apply cuti kahwin. *sejak bila aku jadi penyegan pon tak tahu la*.. Setelah berbincang dengan bos aku yang sangat lembut dan baik, dia setuju memberikan cuti selama lima hari. Rasa happy sangat , aku rasa kalau aku bekerja dengan ornag lain bukan sennag nak dapat cuti lama macam ini. Tetapi dengan kak ina dia seorang yg sangat memahami dan lemah lembut menyebabkan aku selesa bekerja dibawah seliaan dia.. hari ini kak ina tanya aku, selepas berkahwin kerja sini lagi atdu nak pindah cawangan lain? Aku senyum dan jawab, still lagi nak kerja dengan kak ina.. hehe.. Aku pilih untuk mula bercuti pada hari khamis -16 okt sehingga 22 okt-.. terasa lama cuti itu. Aku akan diakadkan nikah pada 17.

Aku kalah .

Kita selalu cuba menyelesaikan masalah orang dan rakan - rakan terdekat kita, tapi kita selalu fail dalam menyelesaikan masalah aku dan dia. Aku penat bertahan dari dulu sehingga ke hari ini. Ke saat menuju hari bahagia kami. Sampai ke hari ini aku masih belum mampu mengubah dia. Aku ingin megubah engkau buka kerana aku tidak boleh menerima engkau , aku cuma mahu kau  menjadi lebih baik. Aku cuba berusaha mengurangkan ego engkau bila marah, aku cuba berkata - kata lembut , menasihati dengan lembut. Tetapi sedikit pun tidak mampu melunturkan hati awak yang keras itu. Apa yang saya perluk lakukan lagi? Sampai ke saat ini , saya sangat kecewa dengan diri saya sediri sebab saya tidak mampu merubah awak walau sedikit.  Saya turut mengaku dengan awak yang saya kalah dengan awak. Saya tidak mampu mengubah awak, jika awak sendiri tiada rasa nak merubah diri awak demi hubungan kita. Awak teruskan dengan cara awak kalau itu yang terbaik.  Saya penat dan ini hujung nya. 

Celebrate Punya Cerita

Selamat Tengah Hari mungkin ^___^ ... Hello blogger semua yang sanggup singgah sini! terima kaseh sebab sudi singgah sini dan baca entri dekat sini walaupun kadang kala mengarut . *hehehhe*.. Kalau dan hendak mengupdate entri ni sangat memerlukan mood rajin, kalau tidak memang tidak gagah la kan. * eh! betul ker macam tu ea? * Tak betul , tak apa la aku saja kot rasa macam tu . hehehe.  Dari entri yang lepas semua orang mungkin tahu , aku kini sudah genap berumur dua puluh dua tahun. in sha allah dalam masa seminggu lagi aku bakal bergelar isteri orang . *seram sjuk rasa* . Ulang tahun aku kali ini tak ada la celebrate mewah - mewah. Sekadar di bawa jalan -jalan dan encik tunang belanja kek saja. aku tidak berharap lebih pon, dia belanja dan bawa aku jalan -jalan pon aku dah rasa terharu . Bukan senang tahu encik tunang saya tu nak ajak saya celebrate sesuatu . *terima kaseh Amirul Syahid* 10 oktober 2014 around before 8:00pm ( one day bfore my busday) : Dapat panggi

Ulang Tahung Bride To Be 11 okt 2014

Hai semua ! alhamdulillah , tepat jam 12:00 malam pada tarikh sebelas oktober dua ribu empat belas kini tlah genap umur aku kepada dua puluh dua tahun. Rasa bersyukur sangat masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Dapat bekerja dengan tubuh badan yang sihat . Terima Kaseh untuk segala rezeki mu Ya Allah .. Ucapan pertama yang aku dpat adalah dari My lovely auntie -MAZIAH RAMLI-. terima kaseh untuk ucapan kau , tak ada hadiah tak pe . nanti masa kenduri kahwin aku , aku tuntut la . hahahhah~ im just kidding. Tak kesah pon , janji kau ada masa majlis wedding aku pun dah ckup . :) Ucapan kedua yang aku dpat adalah dari encik depan rumah aku a.k.a bakal encik suami ku. Terharu dengan ucapan awak, In sha Allah saya akan cuba belajar isteri yang solehah untuk awk dan ibu yang terbaik untuk anak anak kita.  Nak tahu dekat mana encik sayang aku celebrate my birthday , stay tuned tomorrow ok !  Thank you. Doakan kebaikan aku ok :)

Join contest..

Tadi singgah belog AINA AKMAL. So sweet blog dia, best sangat singgah situ. Tak sangka pulak dia tengah buat contest. Aku pun teringin nak join. Sebabnya sebelum ni aku tak pernah join mana - mana contest pon, ini sekadar cuba cuba kalau ada luck la.. Tu dia link untuk contest ni, dia bagi tempoh 24 jam saja, ada sesiapa lagi yang nak join Jom pakat ramai - ramai :) http://nurainahanis.blogspot.com/2014/10/flash-segmen-2-edit-blog-by-aina-akmal_10.html Hope ada lucky nak wedding ni. hehehe ~

Debar Rasa Hati

Haii all readers yang singgah sini. Boleh tak kalau aku nak minta dan berkongsi pendapat dengan korang ?? A few days lagi aku bakal bernikah lebih kurang seminggu je lagi. Bila fikirkan hari bahagia tu je, hati aku rasa gugup, rasa berdebar-debar. Memang semua wanita yang akan berumah tangga akan mengalami rasa ini ker? Korang ada cara atau solution tak nak hilang kan rasa gugup,takut, berdebar bagai ni sampai masa nya? Kalau ada korang kongsikan la pengalaman korang atau saja petua nak berumah tangga ok ! korang boleh tinggalkan komen atau kita boleh chat dekat shoutbox. Nasihat korang sangat di hargai :) terima kaseh.

Bantuan Please !!

Hye all readers ,blogger yang singgah ke belog ini. Boleh tak saya nak minta bantuan korg sedikit je? Tak banyak pon korg. Tak susah pon , boleh ye korg? Jasa korg amat aku hargai taw.  Aku nak minta bantuan korg like page bisnes online aku. Korg boleh cari dekat FB, nama "DRESS FOR ALL".. tak susah pon , just tolong tekan button like je. Boleh ye ^_^.. https://www.facebook.com/pages/Dress-For-All/1505443929694370?fref=ts Terima Kaseh :)

Encik Depan Rumah 2

Tahun 2013:  Awal tahun dua ribu tiga belas , aku ada krisis dan akhirnya aku break up dengan (MIMR)..  Pada bulan April 2013, aku kena berpraktikal di Sungai Besar. Oleh kerana , Amirul Syahid a.k.a encik tunang aku tu jiran aku. Parents aku pon meminta aku tumpang dia untuk pergi kerja dan balik kerja.  Masa tu la kami mula cuma berkawan balik, aku pun ada mengaku dekat dia yang aku ada rasa sayang dekat dia lagi. Cuma aku tak thu berapa banyak. Sepanjang aku praktikal dengan hati yang kecewa , dia adalah orang yang banyak support aku. Dia sentiasa berdiri dibelakang aku,hari hari dia orang yang tengok aku menangis. Dia tetap bersabar dengan aku walupun aku menangis untuk lelaki lain dia tetap bagi semangat dekat aku.. Sepanjang tempoh kami berkawan balik tu terbit balik rasa sayang yang dulu pernah hilang. Kami masa tu baru berbaik tak sampai dua bulan dan ktorg decide nak bertunang. * HAHAHHA* - bertunang pon tak romantik macam orang lain- . Kami cuma bertunang seb

Mari singgah beli jubah ^^'

Saya ada menjual JUBAH LYCRA AMARA saiz: S/M/L/XL material: moss crepe ( tidak jarang, tidak perlu inner dan tidak melekap di badan) boleh dibeli dengan harga RM110 tidak termasuk postage  postage : sm RM6/ ss RM9 di sini ada disediakan size untuk jubah lycra amara ^_^

Singgah Sebentar :)

Anna Sequins price : rm 65 tidak termasuk postage  jika berminat boleh pm saya. 010-3346702.. ingin memiliki skirt yang menarik.. harga: rm40 tidak termasuk postage berminat boleh pm saya.. 010-3346702

Kerana Kau

Di saat ku menjadi pilihan Kau menjadikan ku yang pertama Di saat ku dalam kesedihan Kau menyanyikan lagu irama Ku mampu tempuhi halangan Tapi tidak akan ku mampu tanpamu Kerana kau berikan ku bahagia Bila kau menyatakan cintamu Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu Aku cinta padamu Di saat ku memikul bebanan Kau memberikan ku kekuatan Oh kehadiranmu hanya satu Sentiasa menemaniku Ku mampu tempuhi halangan Tapi tidak akan ku mampu tanpamu Kerana kau berikan ku bahagia Bila kau menyatakan cintamu Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu Aku cinta padamu Kerana kau berikan ku segalanya Sabar tanpa ada rasa jemu Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu Aku cinta padamu Aku cinta padamu Dan bersama ku merasa sempurna Kerana kau berikan ku bahagia Bila kau menyatakan cintamu Kerana kau membuatku terlena dalam rindu Aku cinta padamu Kerana kau berikanku segalanya Sabar tanpa ada rasa jemu Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu Aku cinta padamu Aku cinta