Skip to main content

Welcome Ramadhan 2015








Selamat Tengah hari semua, 
Hari ini adalah first ramadhan untuk tahun 2015. So, rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Datang Ramadhan Kareem. 



Hari ini aku just nak bercerita feeling aku untuk sambut Ramadhan 2015. Ramadhan kali ini aku rasa semangat nya lain sedikit dari tahun-tahun yang lepas. Jeng jeng, SEBAB Ramadhan tahun ini aku sudah bergelar isteri dan memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tidak macam tahun tahun yang lepas, masih anak dara, masih boleh manja manja dengan mak bila sahur. Kerja tungu mak kejut je, tak pun bersahur dengan kawan kawan dekat KUIS. Itu je la rutin tahun lepas.
 
Perasaan sambut Ramadhan sebagai seorang isteri sangat excited dan rasa takut juga la. Rasa takut itu bukan apa, just terfikir-fikir mampu ke aku jadi isteri yang melayan dia dengan baik dan sempurna. takut ada yang tak cukup ke makan minum ini. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dibawah redha ALLAH. Ha! Kalau rasa Excited mesti la sebab kita ada kawan untuk berbuka,untuk solat berjemaah.*nak rasa kena la kahwin dulu* hehehe..

Sekarang semua sudah cukup berbeza, aku dah jadi isteri orang, so kena la bangun masak untuk Encik suami kesayangan Hamba itu. Alhamdulillah. Pagi tadi semua berjalan lancar, nasib baik tidak susah nak kejut suami aku tu bangun. Sekali kejut je dia dah bangun, minta tolong buat air semua dia mahu.*harap-harap berterusan la bukan hari ini saja ye daddy*.

Sebelum penutup, hari ini juga merupakan ulang tahun ke Lapan bulan kami menjadi suami dan isteri. Rasa sungguh pantas masa berlalu, rupa-rupanya dah lapan bulan usia perkahwinan kami. Semoga perkahwinan kita akan kekal hingga ke hujung nyawa kan daddy, dan semoga kita diberi peluang untuk memiliki zuriat yang soleh dan solehah. Terima kasih sebab menjadi suami yang sangat hebat bagi saya. Mummy love u Daddy. Jumpa balik nanti berbuka sesama ok sayang !

P/s: Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan menjadikan kita manusia yang lebih baik dimasa akan datang . Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Little Caliph Sri Damansara

im love being teacher at here now. im feels so happy with them. Enjoy this picture.




Junior Kids Child Care Centre Bandar Mahkota Cheras

Hari ini aku nak berkongsi pasal kerjaya kehidupan aku buat masa sekarang. Buat masa sekarang aku bekerja sebagai teacher dan pengasuh Taska. Walaupun apa yang aku belajar jauh berbeza dengan pekerjaan aku sekarang, aku masih rasa bersyukur masih diberi peluang untuk mencari rezeki. Aku bukan tidak berusaha untuk mencari kerja yang lebih kurang dengan apa yang aku belajar, cuma masih belum ada rezeki mungkin. Lagipun zaman sekarang kerja tidak elok memilih sangat jadi grab saja lah apa yang ada depan mata. Asalkan dapat kumpul duit untuk masa hadapan kan? Aku sekarang bekerja di Junior Kids Child Care Centre. dekat sini ada tiga orang pekerja. Children call me Teacher Shima. So, ada juga Teacher Ida, Teacher Zue, Teacher Farah n Teacher Ita (The Owner). Tugas aku menjaga dan menjadi pengasuh kepada kanak-kanak berumur 1-2 tahun. Student yang di bawah jagaan aku ada 6 orang. Iman, Damia, Syafiqah, Syamil, Aniq Irfan dan fitri.

Ini lah anak-anak di bawah jagaan aku. Yang comel itu Iman…

Selamat Datang Tahun Baru, Selamat Datang Kisah Baru ...

Bila rasa rindu nak menulis datang , muncul la aku di sini. Wah ! Lama gila tak muncul dekat blog ni. Last aku menulis november 2015. Hampir dua tahun juga tidak menulis. Lama kemain nya la. Ini dah masuk Tahun 2017 , ha ! baru la muncul semula. Rasanya belum terlambat kan aku sendiri nak ucapkan 
"SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA SEGALA IMPIAN KORANG YANG MEMBACA BLOG INI TERCAPAI DENGAN JAYA NYA !! "





Selamat datang 2017, lepas ini akan bermula kisah baru dalam kehidupan kita, untuk tahun ini aku tidak la mempunyai azam yang terlalu besar. Korang punya azam atau impian di tahun baru ini apa ya?? meh la share cerita kita ..
Untuk aku , impian di Tahun Baru 2017, Cukup sekadar dua permintaan. aku berharap aku akan dikurniakan zuriat (after two years married) .. impian amboi sangat kan ? ! hahaha... 

Impian kedua nya aku berharap peniagaan aku dan suami sukses dan semakin lebar, tidak meminta untuk mejadi kaya . Hanya sekadar ingin mencukupi untuk mebayar segala komitmen (huta…