Skip to main content

Perkembangan Hidup PART Two




Nampakkan tajuk dekat atas tu, ok . ok. entry kali ni aku nak sambung kisah perkembangan hidup aku di entry yang lepas. Dekat entry yang lepas aku ada cakap yang aku berhenti kerja selam 3 minggu kan? Sebenarnya, sepanjang aku dirumah tu. Aku tak ada la makan tidur sangat. Ada la hantar resume kesana sini. Aku ada juga hantar resume ke beberapa bank. Tapi masih tiada jawapan, mungkin tiada rezeki lagi buat aku. 

Selain hantar ke bank-bank aku ada jugak hantar resume ke tempat kerajaan jika ada jawatan kosong. Sama juga tiada jawapan. Aku kerap online menggunakan BB kesayangan aku ni ha. Mencari kerja kosong. Semua yang aku carik di bandar sebab aku nak sangat keluar dari kampung ni. Ada sebab kenapa aku nak keluar dari sana.  Biar aku seorang saja tahu kenapa aku perlu pergi. Cuma parents aku saja yang risau aku nak tinggalkan tunang aku di kampung tu, siap tanya tunang aku tu izinkan ke aku kerja di bandar.Haahahah. 
Sebenarnya tunang aku tu jenis senang ja, dia tak kesah aku nak pergi mana pun. Asalkan aku jaga diri aku itu je pesanan selalu dia.

Setelah berhempas-pulas mencari kerja di internet, aku pun ternampak iklan untuk bekerja di Taska Mahkota Cheras. Aku pun buat la phone call. Dan dia memang sangat memerlukan pekerja. Kini , aku sudah diterima bekerja. Minggu depan hari isnin aku akan memulakan kerja aku sebagai guru di taska :). Alhamdulillah. Walaupun gaji nya tidak la tinggi mana, aku sukakan kerja ini sebab aku sangat sukakan budak-budak. hahaha.

Sekarang aku menetap dirumah pakcik aku di Cheras Perdana ni dulu sebelum aku mulakan kerja aku minggu depan. Nasib baik pakcik aku tak jauh dari Taska yang aku kerja tu. Ada juga saudara mara kalau aku perlukan apa-apa disini.
  
Sekian disini dahulu. :)




Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tinggal LC SRI Damansara , Selamat Datang Dzul Iman Selamat Khalifah

Setelah sekian lama tak menulis entry untuk blog. Hari ini ada rasa kerajinan sedikit untuk berkongsi perkembangan terbaru sekarang.. Hampir lima bulan juga aku berkhidmat mengajar di LC sri damansara .. Macam macam pengalaman dan kasih sayang aku dapat dekat sana.. Berat hati juga nak tinggalkan LC Sri Damansara, sebab aku dah mula sayang dan kenal ragam-ragam budak dekat sana. Walaupun sometimes mereka baik , mereka nakal tapi telatah mereka tetap buat aku sayang mereka.  Lagi-lagi budak daycare yang baby tu, sumpah mmg sayang gila dekat dorg. Akan tetapi nak buat macam mana demi masa depan , aku terpaksa quit then cari kerja ditempat yang baru.. Aku tukar kerja untuk kali ini bukan artas sebab suka-suka , tapi untuk memudahkan urusan aku lepas kahwin ni.. Encik Amsyah aku dapat kerja dekat area Kota Kemuning, so aku pun cari la kerja yang berhampiran dengan dia untuk mudah ktorg nak pindah lepas kahwin ni.. Ya allah! Kalau teringat about wedding ktorg, rasa scary sgt tggal two mon…

Little Caliph Sri Damansara

im love being teacher at here now. im feels so happy with them. Enjoy this picture.




New Kids Playard (13pcs + 1pc Door)

🐰New Kids Playard (13pcs + 1pc Door)
.
🍀13pcs + 1pc Door
🍀Material : Plastic
🍀Color : Colourful
🍀Player Age : 2-7 years old
🍀Advantage : Safe, durable, colorful,
easy assembly, easy storing
🍀Usage : Family, Kindergarten, Amusement
place, preschool
.
🎯HARGA : RM380
📦free POSTAGe SM,
. http://www.wasap.my/+60162623700/haisayanaktanyaharga .