Skip to main content

apa itu scoliosis???

at cnie aQue nak story cket about scoliosis or tulang belakang bengkok..info neh penting tuk kesihatan kte..ko bleh la bce artikel neh tuk info yg lebih lanjut..info kesihatan macam neh bagus uk kesihatn kte..spew2 yang ader tnde leh la uat medical chek up..ENJOY READ!!
TULANG belakang yang membengkok atau skoliosis, bukanlah satu penyakit. Ia sebaliknya rujukan yang digunakan bagi menjelaskan keadaan bengkok yang berlaku pada tulang belakang.

Secara umumnya, tulang belakang secara semula jadi sememangnya bengkok sedikit bagi membantu bahagian atas badan mengekalkan keseimbangan jajaran pelvik. Bagaimanapun, apabila terlalu bengkok, inilah yang dimaksudkan sebagai skoliosis. Remaja perempuan lebih kerap dikesan dengan masalah skoliosis, terutama jenis idiopathik skoliosis iaitu satu keadaan tulang belakang yang membengkok tanpa diketahui sebabnya dan berlaku sejak kecil lagi. Tulang belakang yang membengkok ini pula membentuk seakan-akan huruf C atau pun S.Lazimnya, ia membabitkan kawasan bahagian atas belakang atau bahagian antara atas belakang dan bawah belakang badan. Bagaimanapun, ia juga mungkin hanya berlaku pada bawah belakang.

Pakar Runding Ortopedik Hospital Pakar Shah Alam, Dr Ariff Sukimin Mohd Shukri, berkata dalam beberapa jenis kes skoliosis, idiopatik skoliosis adalah yang paling biasa dikesan.

β€œIa kerap kali dikesan di kalangan kanak-kanak berusia 10 hingga 16 tahun. Walaupun lelaki dan perempuan memiliki kecenderungan yang sama untuk berdepan dengan skoliosis, tetapi remaja perempuan lebih kerap dikesan dengan idiopathik skoliosis,” katanya.

Untuk remaja lelaki, masalah tulang belakang yang membengkok memerlukan pemeriksaan lanjut, malah skoliosis di kalangan lelaki ada kalanya memaparkan komplikasi daripada masalah lain.

Dr Ariff berkata, andai dibiar tanpa rawatan, waktu paling berisiko bagi pesakit ialah ketika mencecah usia akil baligh, kerana ketika itu pertumbuhan tulang pesakit sangat pantas.

Walaupun skoliosis umumnya mudah dikesan, tetapi bagi kes yang tidak teruk, seseorang itu hanya menyedari kelainan pada tulang belakangnya selepas membuat imbasan sinar-X ketika pemeriksaan kesihatan.

β€œBagi kes yang tidak teruk, skoliosis mungkin boleh ditangani dengan terapi tetapi bagi kes serius, individu yang bermasalah itu perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Kata Dr Arif, bagi kebanyakan kes yang membabitkan kanak-kanak perempuan, masalah tulang bengkok yang tidak dirawat akan menjadi semakin teruk. Tulang akan semakin membengkok apabila pesakit itu semakin membesar sekali gus menjejaskan penampilan dan pergaulan sosial penghidapnya.

β€œMengesan skoliosis mudah. Apabila pesakit membongkok, belakang badannya tidak selari. Tulang belakang yang membengkok akan menonjol,” katanya.

Selain itu, mereka yang berhadapan dengan masalah skoliosis mengalami masalah sakit belakang yang kronik, kaki pendek sebelah, selain bahu juga tinggi sebelah dan pinggul yang tidak selari.

Pesakit yang tidak mendapat rawatan akan-akan semakin menderita seiring usianya. Tulang belakang bengkok menjejaskan jantung dan paru-paru dan menyukarkan pernafasan. Skoliosis yang progresif akan menjejaskan bahagian bawah tulang belakang (lumbar spine).

Pembedahan selalunya jalan terakhir apabila tulang belakang yang membengkok itu tidak boleh dipulihkan dengan terapi. Bagaimanapun, kosnya sangat mahal kerana memerlukan implan dipasang pada hampir sepanjang tulang belakang.

Comments

Popular posts from this blog

Kualiti Hati

Assalammualaikum ! Kali aku nah berbebicara pasal hati pulak . Sebab aku pon sebenar nya ta pandai bab hati - hati neh . Tapi aku akan cuba lah yang terbaik. hehe . Aku pon tidak lah pandai berkata-kata. Kenapa aku pilih soal hati ? sebab hati adalah penting , Hati adalah kuasa penggerak dalam diri manusia. Sekiranya hati dikuasai kebenaran , nescaya ia kan menjana kebaikan . Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan , ia akan melahirkan kejahatan . Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa jua cabaran atau masalah dalam hidup . Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan , adalah hati lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup . Bila hati tidak berkualiti , segala yang dilihat , difikir , dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya , berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan , keeseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak p...

🐰36pcs EVA Mat (26pcs ABC + 10pcs 123)

🐰 36pcs EVA Mat (26pcs ABC + 10pcs 123) . πŸ€ Features all letters and numbers in various fun colors. πŸ€ Helps children learn while still having fun. πŸ€ Extremely durable, water resistant, and easy to clean. πŸ€ Including 26pcs ABC and 10pcs 123 letters πŸ€ Each block size 30cm x 30 cm . 🎯 HARGA : RM60 πŸ“¦ FREE POSTAGE SM, . # toys   # freeshipping   # kidstoys   # fashionista   # korean   # BabyCrawlingMat # babyplaymat   # crawlingmat   # evafoammat   # FoamPuzzleMats # babyplaypuzzle   # EVAPuzzle   # LetterplayMat   # puzzlematsbaby

My E-Day

( 30062013 ) haaiii korg ! mesti ade yang tertanya-tanya dengan meaning date tuh kan. Alhamdullilah , Ahad lepas telah berlangsung majlis pertunangan aku bersama Amirul Syahid. Aku rasa lega sangat majlis tuh berjalan lancar dan simple jek. Sebab aku malas na serabut-serabut. hahahha. Sebelum majlis bermula kena menanti belah dia dtg berdebar-debar sangat. Aku rasa perasaan nak jadik tunang orang neh lagi susah dari menduduki exam aw! rasa seram sjuk gila la. Lagi-lagi acu aku neh asik menyakat aku , dia ckap nanti family amir dtg p nak ckap nak batalkan majlis la. hahhha~ saja kan dia na buat aku menggelabah, nasib baik la tak jadik macam tuh. Takut aku.  Alhamdullilah , masa majlis berlangsung ramai yang bagi support dekat aku saudara-mara, kawan-kawan terbaik aku. Terima kaseh sudi datang majlis aku. :) aku sayang korg sesangat taw ! tapi Aku lagi sayang AMIRUL SYAHID la , dia hero dan cinta hati saya ! Setelah pelbagai dugaan yang aku tempuh sebelum neh, segala suka...