Skip to main content

Coretan hati


Apa perasaan anda jika disoal dengan soalan, "TAK RASA RALAT KE KAHWIN AWAL ?", "TAK BALAS JASA MAK AYAH LAGI DAH KAHWIN??".
Perasaan aku , * terkedu sekejap,sambil telan air liur"*. Kenapa aku perlu aku rasa ralat , kenapa ye ada orang berfikir sedemikian? Kenapa bila kita dah berkahwin kita dah tak boleh nak balas jasa mak ayah ke?

Aku bukan nak marah dengan soalan tu, cuma kenkadang tak terfikir dek akal, salah ke kahwin awal? Aku tak ada jawapan untuk soalan tu, kenapa tak hold je dulu kahwin tu?
jawapan yang aku ada, Aku anggap tu JODOH. Aku pun seperti manusia lain, ada perancangan masa hadapan aku sendiri. Aku sendiri tidak pernah terfikir nak kahwin di usia yang muda. Aku pernah target dan merancang untuk berkahwin pada usia 25 tahun atau lebih. Tetapi sebagai manusia yang lemah ini, aku cuma mampu merancang, Rupanya rancangan Allah itu lebih hebat. 

DIA bagi aku peluang mengenal seorang insan, dan dengan Kehendak DIA juga dia ambil kebahagiaan itu. Mungkin cara DIA ambil kebahagiaan itu sangat menyakitkan dan menyedihkan  tetapi dia hadirkan seorang lelaki yang aku sendiri tidak pernah duga dia la suami aku. *siapa kita nak menentang rancangan ALLAH*

Satu lagi perkara yang membuatkan aku untuk teruskan hubungan dengan suami aku dulu adalah AYAH aku. Ayah aku dulu seorang yang sangat garang , sangat susah untuk dia lepaskan aku berkawan dengan seorang lelaki. Bila aku cakap ada orang nak datang rumah nak jumpa MAK dan AYAH untuk berkawan dengan aku, Ayah ok tak? * hati berdebar-debar masa tu, takut kena marah* tapi jawapan aku sangat simple. Datang je la. *fuhh! seorang yang aku rasa garang masa itu aku rasa dia la ayah yang paling memahami*

So, the final, kenapa aku perlu rasa ralat atau menyesal? Aku bahagia dapat berkahwin awal, aku bahagia dengan kehidupan aku, jodoh aku dan masa hadapan kami. In Sha Allah. Walaupun sudah berkahwin aku masa mampu untuk balas jasa Mak dan Ayah aku dengan cara aku dan semampunya aku. 

P/S: eh, orang yang bercinta bertahun-tahun tu, tak ada pulak orang persoal bila nak kahwin? sekjap keluar dengan lelaki itu ,  lelaki ini? Hati manusia bukan mudah untuk diduga kan? Yang penting bahagiakan hati kita dahulu, baru kita mampu beri orang lain kebahagiaan. Kalau kita sendiri tak mampu nak bahagiakan diri sendiri , macam mana kita nak kongsi kebahagiaan dengan orang lain, Ye dak?

Comments

  1. Jawab ajelah dah jodoh saya sampai awal.
    Betul tu tak semestinya bila dah berkahwin tak boleh balas jasa ibubapa expecially yang pompuanlah no such thing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp. Thankss sis. Dah lama kahwin? :)

      Delete

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

Popular posts from this blog

🐰36pcs EVA Mat (26pcs ABC + 10pcs 123)

🐰 36pcs EVA Mat (26pcs ABC + 10pcs 123) . 🍀 Features all letters and numbers in various fun colors. 🍀 Helps children learn while still having fun. 🍀 Extremely durable, water resistant, and easy to clean. 🍀 Including 26pcs ABC and 10pcs 123 letters 🍀 Each block size 30cm x 30 cm . 🎯 HARGA : RM60 📦 FREE POSTAGE SM, . # toys   # freeshipping   # kidstoys   # fashionista   # korean   # BabyCrawlingMat # babyplaymat   # crawlingmat   # evafoammat   # FoamPuzzleMats # babyplaypuzzle   # EVAPuzzle   # LetterplayMat   # puzzlematsbaby

New Mini Kids Motor .

🐇 New Mini Kids Motor . 🍀 Driver : single drive 🍀 Function : Shift 🍀 Applicable age : 2-3 years old, 4-5 years old 🍀 Model : Motorcycle 🍀 Color : Red & Yellow . . 🎯 HARGA : RM180 📦 FREE POSTAGE SM, . . http://www.wasap.my/+60162623700/haisayanaktanyaharga . # kids   # rocker   # chair   # rockerchair   # babyrocker   # babychair # toys  #kids  # babyshop   # motorkids   # newmotorkids   # minimotor

Masalah Kulit . Minta Petua :)

Selamat Tengah Hari semua,  See the picture, bangun - bangun pagi je nak pergi kerja,  mata setiap hari akan sepet sebelah. Mula-mula dulu buat rileks je, tapi sekarang cuak juga, malam tadi terus cuba doktor pakar kulit aku , mengadu mata gatal dan start kena fungus atau kulat. Selalu aku kena fungus atau kulit dekat kulit tangan atau badan , Kali ini tah macam mana boleh naik ke mata pon aku kompius la hai . dah tak cantik mata nak raya kan . ahhahah ! Bila jumpa doktor biasa la minta krim untuk mata je dulu, baru je baik dekat tangan , dah naik ke mata pula. Aku sekarang mudah dijangkiti fungus kalau aku gatal, berada dekat tmpat tak bersih, atau baring dekat tempat berhabuk, mula la akan gatal-gatal . Mula la fungus pon merebak. Habuk pon aku tak bole, sng jadi gatal-gatal.  Kenkadang aku rasa badan aku ni mengada-ngada betul, tak boleh salah pakai atau makan. Jadi leceh boleh rasanya, dulu aku tak ada pon alahan dengan apa-apa, nak pakai ap...