Letakkan lah cinta Allah di hati . Dan cinta suami nanti digenggaman tangan kita .
Sewaktu dia dalam pandangan mata kita , layanilah dia dengan sesempurna mungkin . Tatkala dia jauh dari kita , lepasakanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t . Barulah hati kita tenang . Perasaan cemburu jua dapat dijauhi . Insyaallah . Tanpa sebarang syak wasangka .
Letakkan cinta Allah di dalam hati , Sediakan sebahagian hatimu hanya untukNya , Yang maha pengasih dan Maha sempurna dan cinta suami hanya digengaman tapak tangan kita kerana ketahuilah , bahwa cinta dan kasih suami , itu semua datang dari Allah. Itu adalah bukti kasih sayang kita kepada Allah .
Letakkan lah cinta Allah di hati . Dan cinta suami nanti digenggaman tangan kita kerana suami hanya orang biasa , punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita , kita tidak sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Supaya andai kata dia pergi dulu , dia dapat kita lepaskan dengan mudah . Kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan sentiasa bersama kita.
Comments
Post a Comment
Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)