Skip to main content

apa itu scoliosis???

at cnie aQue nak story cket about scoliosis or tulang belakang bengkok..info neh penting tuk kesihatan kte..ko bleh la bce artikel neh tuk info yg lebih lanjut..info kesihatan macam neh bagus uk kesihatn kte..spew2 yang ader tnde leh la uat medical chek up..ENJOY READ!!
TULANG belakang yang membengkok atau skoliosis, bukanlah satu penyakit. Ia sebaliknya rujukan yang digunakan bagi menjelaskan keadaan bengkok yang berlaku pada tulang belakang.

Secara umumnya, tulang belakang secara semula jadi sememangnya bengkok sedikit bagi membantu bahagian atas badan mengekalkan keseimbangan jajaran pelvik. Bagaimanapun, apabila terlalu bengkok, inilah yang dimaksudkan sebagai skoliosis. Remaja perempuan lebih kerap dikesan dengan masalah skoliosis, terutama jenis idiopathik skoliosis iaitu satu keadaan tulang belakang yang membengkok tanpa diketahui sebabnya dan berlaku sejak kecil lagi. Tulang belakang yang membengkok ini pula membentuk seakan-akan huruf C atau pun S.Lazimnya, ia membabitkan kawasan bahagian atas belakang atau bahagian antara atas belakang dan bawah belakang badan. Bagaimanapun, ia juga mungkin hanya berlaku pada bawah belakang.

Pakar Runding Ortopedik Hospital Pakar Shah Alam, Dr Ariff Sukimin Mohd Shukri, berkata dalam beberapa jenis kes skoliosis, idiopatik skoliosis adalah yang paling biasa dikesan.

“Ia kerap kali dikesan di kalangan kanak-kanak berusia 10 hingga 16 tahun. Walaupun lelaki dan perempuan memiliki kecenderungan yang sama untuk berdepan dengan skoliosis, tetapi remaja perempuan lebih kerap dikesan dengan idiopathik skoliosis,” katanya.

Untuk remaja lelaki, masalah tulang belakang yang membengkok memerlukan pemeriksaan lanjut, malah skoliosis di kalangan lelaki ada kalanya memaparkan komplikasi daripada masalah lain.

Dr Ariff berkata, andai dibiar tanpa rawatan, waktu paling berisiko bagi pesakit ialah ketika mencecah usia akil baligh, kerana ketika itu pertumbuhan tulang pesakit sangat pantas.

Walaupun skoliosis umumnya mudah dikesan, tetapi bagi kes yang tidak teruk, seseorang itu hanya menyedari kelainan pada tulang belakangnya selepas membuat imbasan sinar-X ketika pemeriksaan kesihatan.

“Bagi kes yang tidak teruk, skoliosis mungkin boleh ditangani dengan terapi tetapi bagi kes serius, individu yang bermasalah itu perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Kata Dr Arif, bagi kebanyakan kes yang membabitkan kanak-kanak perempuan, masalah tulang bengkok yang tidak dirawat akan menjadi semakin teruk. Tulang akan semakin membengkok apabila pesakit itu semakin membesar sekali gus menjejaskan penampilan dan pergaulan sosial penghidapnya.

“Mengesan skoliosis mudah. Apabila pesakit membongkok, belakang badannya tidak selari. Tulang belakang yang membengkok akan menonjol,” katanya.

Selain itu, mereka yang berhadapan dengan masalah skoliosis mengalami masalah sakit belakang yang kronik, kaki pendek sebelah, selain bahu juga tinggi sebelah dan pinggul yang tidak selari.

Pesakit yang tidak mendapat rawatan akan-akan semakin menderita seiring usianya. Tulang belakang bengkok menjejaskan jantung dan paru-paru dan menyukarkan pernafasan. Skoliosis yang progresif akan menjejaskan bahagian bawah tulang belakang (lumbar spine).

Pembedahan selalunya jalan terakhir apabila tulang belakang yang membengkok itu tidak boleh dipulihkan dengan terapi. Bagaimanapun, kosnya sangat mahal kerana memerlukan implan dipasang pada hampir sepanjang tulang belakang.

Comments

Popular posts from this blog

🐰36pcs EVA Mat (26pcs ABC + 10pcs 123)

🐰 36pcs EVA Mat (26pcs ABC + 10pcs 123) . 🍀 Features all letters and numbers in various fun colors. 🍀 Helps children learn while still having fun. 🍀 Extremely durable, water resistant, and easy to clean. 🍀 Including 26pcs ABC and 10pcs 123 letters 🍀 Each block size 30cm x 30 cm . 🎯 HARGA : RM60 📦 FREE POSTAGE SM, . # toys   # freeshipping   # kidstoys   # fashionista   # korean   # BabyCrawlingMat # babyplaymat   # crawlingmat   # evafoammat   # FoamPuzzleMats # babyplaypuzzle   # EVAPuzzle   # LetterplayMat   # puzzlematsbaby

New Mini Kids Motor .

🐇 New Mini Kids Motor . 🍀 Driver : single drive 🍀 Function : Shift 🍀 Applicable age : 2-3 years old, 4-5 years old 🍀 Model : Motorcycle 🍀 Color : Red & Yellow . . 🎯 HARGA : RM180 📦 FREE POSTAGE SM, . . http://www.wasap.my/+60162623700/haisayanaktanyaharga . # kids   # rocker   # chair   # rockerchair   # babyrocker   # babychair # toys  #kids  # babyshop   # motorkids   # newmotorkids   # minimotor

Masalah Kulit . Minta Petua :)

Selamat Tengah Hari semua,  See the picture, bangun - bangun pagi je nak pergi kerja,  mata setiap hari akan sepet sebelah. Mula-mula dulu buat rileks je, tapi sekarang cuak juga, malam tadi terus cuba doktor pakar kulit aku , mengadu mata gatal dan start kena fungus atau kulat. Selalu aku kena fungus atau kulit dekat kulit tangan atau badan , Kali ini tah macam mana boleh naik ke mata pon aku kompius la hai . dah tak cantik mata nak raya kan . ahhahah ! Bila jumpa doktor biasa la minta krim untuk mata je dulu, baru je baik dekat tangan , dah naik ke mata pula. Aku sekarang mudah dijangkiti fungus kalau aku gatal, berada dekat tmpat tak bersih, atau baring dekat tempat berhabuk, mula la akan gatal-gatal . Mula la fungus pon merebak. Habuk pon aku tak bole, sng jadi gatal-gatal.  Kenkadang aku rasa badan aku ni mengada-ngada betul, tak boleh salah pakai atau makan. Jadi leceh boleh rasanya, dulu aku tak ada pon alahan dengan apa-apa, nak pakai ap...